Dalam menghadapi musim banjir, sememangnya kenderaan ringan seperti kereta dan motor tidak dapat mengharungi banjir dan hanya akan merosakkan kenderaan mereka jika melalui jalan dipenuhi air di paras yang tinggi.

Seorang lelaki dari Kelantan berjaya mencipta sebuah motosikal unik yang mampu meredah banjir di negeri itu.

BACA: Pencuri Pulang Semula Motor, Isi Minyak Penuh

Pengusaha dan pembekal barangan aluminium dan cermin, Amin Mohamed, 31 tahun, berasal dari Kampung Bukit Tanah, Selising, Pasir Puteh, mencipta sebuah motosikal untuk mengharungi banjir di kawasan perumahannya.

Menurutnya, dia menggunakan enjin Honda C70, satu tayar motosikal di hadapan dan dua tayar di bahagian belakang dengan hanya menghabiskan sebanyak RM500 sahaja.

Tujuan motosikal unik itu dibuat untuk kepuasan dirinya dan dia tak pernah terfikir untuk meraih keuntungan daripada motor ciptaannya yang mula dirancang sejak Januari lalu.

Selain itu, Amin menggunakan bahan terbuang dan barang yang dimilikinya sahaja untuk mengelakkan kos tinggi.

“Kalau ikutan, motosikal ini belum siap sepenuhnya tapi saya tak sabar untuk mengujinya bila beberapa kawasan di Selising ini dilanda banjir semalam (kelmarin),” ujarnya.

Tambahnya, orang ramai datang ke rumahnya untuk melihat motor ciptaannya dengan lebih dekat selain ada yang berminat untuk mengetahui ciptaannya dengan lebih lanjut.

“Motosikal istimewa itu bukan saja mampu mengharungi air, malah ia dicipta untuk aksi lasak dengan kesesuaian kepada semua jenis permukaan jalan,” jelasnya sambil memberitahu motor tersebut boleh mengharungi banjir sedalam satu meter.

Diharap lebih ramai anak muda seperti Amin yang begitu kreatif walaupun dengan hanya menggunakan modal yang rendah.

ARTIKEL BERKAITAN:
KFC Perkenal Mandian Bau Ayam Goreng
Beg Kopi Bungkus Laku Habis Di Singapore

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Berlagak Konon Boleh Habiskan