Melihatkan keadaan dunia sekarang sangat menakutkan apabila suhu bumi semakin meningkat dan ais di kutub mencair sehingga menyebabkan peningkatan air laut.

Lebih mengejutkan, keadaan tersebut akan memberi kesan besar di masa akan datang di mana beberapa bandar besar akan tenggelam termasuk bandar di Malaysia.

BACA: Bank Negara: Harga Rumah Di Malaysia Sangat Tidak Mampu Milik

Baru-baru ini, satu kajian dikeluarkan oleh Nature Communication menunjukkan kebanyakkan tempat di dunia akan terjejas menjelang tahun 2050. Apa yang mengejutkan, 9 bandar di Malaysia akan tenggelam atau membentuk sebuah pulau.

Ini antara bandar-bandar utama di Malaysia akan berada di bawah paras air laut menjelang tahun 2050.

1. Perlis
2. Kedah

3. Penang

4. Perak

5. Negeri Sembilan
6. Terengganu

7. Pahang

8. Kelantan
9. Sarawak

Difahamkan, kajian ini menggunakan Digital Elevation Models (CoastalDEM), pengukuran yang lebih tepat. Kajian terdahulu mengukur peningkatan paras air laut menggunakan model Shuttle Radar Topography Mission (SRTM).

Model CoastalDEM menggurangkan kesalahan pengukuran SRTM & menunjukkan tanah yang terjejas dengan lebih tepat, berpunca daripada perubahan iklim.

Pada tahun 2050:

1. Alor Setar menjadi sebuah pulau
2. Sepanjang kawasan Parit Buntar hingga ke Taiping tidak kelihatan
3. Lebuhraya Utara-Selatan tenggelam
4. Bagan Datoh, Teluk Intan, & Kuala Selangor lenyap
5. Port Klang tenggelam. Shah Alam menggecil
6. KLIA bertempat di sebelah pantai
7. Muar tenggelam
8. Pekan juga tenggelam
9. Kuala Terengganu menggecil dan menjadi beberapa buah pulau
10. Di Sarawak, Kuching juga menggecil dan menjadi beberapa buah pulau

Bagaimanapun, bukan hanya Malaysia sahaja terjejas, populasi Asia adalah 70 peratus paling banyak terdedah kepada kenaikan paras air laut.

Keseluruhan bahagian selatan Vietnam, termasuk bandar Ho Chi Minh akan tenggelam pada tahun 2050. Bandar-bandar utama seperti Bangkok, Mumbai dan Shanghai akan lenyap.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Penangan CEndol Durian Di Gombak & Makan Percuma? 😱😱😱