Sememangnya Malaysia terkenal dengan pelbagai jenis dan pilihan makanan. Maklumlah, negara Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum, bangsa, adat dan budaya. Tapi pasti anda perasan, nama-nama makanan di negara kita boleh dikatakan agak pelik terutamanya nama untuk kuih tradisional.

Boleh dikatakan kebanyakan nama-nama tersebut diberi berdasarkan rupa kuih tersebut. Kuih putu halba antara kuih terkenal di Kelantan dan sinonim sebagai makanan pilihan di musim tengkujuh.

BACA: Jom Buat Putu Mayam Homemade

 

Baru-baru ini tular di media sosial mengenai kuih putu halba yang diberi nama jolokan ‘barang dalam kain’. Kuih tersebut mendapat perhatian ramai selepas diberi jolokan ‘barang dalam kain’ kerana untuk memasak putu halba ia dimasukkan di dalam kain dan diwapkan sehingga masak.

Bagaimanapun, nama kuih tersebut mendapat perhatian Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad, yang menegur sikap segelintir peniaga di negeri itu yang memberi nama jolokan kepada sesuatu produk semata-mata untuk melariskan jualan.

Mohamad Shukri berkata walaupun ia tidak bercanggah dengan hukum agama, namun nama jolokan tersebut boleh mengundang persepsi negatif serta kurang manis dan menampakkan tidak berkakhlak.

Katanya lagi, pemilihan nama yang baik adalah dituntut dalam Islam dan banyak lagi nama jolokan yang baik boleh digunakan untuk kuih tersebut. Pemilihan nama kuih dengan jolokan ‘barang dalam kain’ itu berkemungkinan akan diterjemah dengan maksud yang tidak baik.

Sambal Ikan Bakar Kat Sini Memang Meriah! 😱😱