Semua tahu penggunaan plastik secara tidak terkawal boleh mendatangkan kemudaratan kepada alam sekitar. Di Selangor dan Melaka, penggunaan beg plastik di pasaraya telah pun dihentikan sejak tahun lalu.

Terbaru, syarikat makanan segera McDonald’s merupakan syarikat pertama di Malaysia yang akan menghentikan penggunakan penyedut minuman plastik di rangkaian restoran mereka.

BACA: KFC S’pura Berhenti Sediakan Penyedut, Penutup Minuman

Kempen “Says No to Straws” itu bakal dilancarkan pada 1 Ogos depan melibatkan seluruh cawangan Mcd di Pulau Pinang.

Walaupun kempen tersebut masih belum bermula, namun papan tanda kempen sudah pun dipamerkan di sesetengah cawangan untuk memberitahu tiada penyedut minuman akan disediakan. Namun pelanggan boleh meminta terus daripada kaunter.

Bukan sahaja di Pulau Pinang, kerajaan negeri Selangor juga turut akan mempertimbangkan untuk melaksanakan kempen yang sama dalam jangka masa terdekat.

ARTIKEL BERKAITAN:
Betul Ke Boleh Beli Nuggets McD Secara Online?
Kentang McD Boleh Merawat Masalah Botak Kepala?

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Sumpah Best Makan Tepi Pantai Macam Ni