Kalau masa bercinta kentut pun bau wangi. Sanggup lakukan apa saja demi kebahagaian kekasih. Malah ada yang sanggup berhabis ribuan ringgit demi kekasih yang belum tentu akan sampai ke jinjang pelamin.

Selalunya nafkah hanya diberikan daripada suami kepada isteri sahaja. Tetapi sekarang ini tular pula satu trend dikalangan budak-budak sekarang iaitu nafkah couple.

BACA: Bapa Bercerai Wajib Bayar Nafkah Anak Hingga Ke Universiti

Konsepnya sama sahaja seperti nafkah suami isteri yang diberikan setiap bulan, namun bezanya nafkah kapel ini tak perlu berkahwin pun dapat wang bulanan. Lebih mengejutkan ada yang sanggup memberikan wang nafkah sehingga RM1,500 kepada kekasih.

Seperti sudah dijangka, isu tular itu menimbulkan pelbagai reaksi dikalangan netizen yang mengecam trend tersebut. Malah ada yang mengatakan trend tersebut dilihat sangat bodoh dan tidak matang.

Tidak kurang juga ada yang berpendapat mereka yang bari nafkah couple setiap bulan itu lebih baik dahulukan nafkah kepada ibu bapa.

Macam-macam budak sekarang. Belum kahwin lagi dah siap bagi nafkah setiap bulan. Jangan nanti dah kahwin macam-macam bagi alasan tak nak bagi nafkah. Maklumlah, zaman bercinta semuanya nampak indah.

angan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Restoran Tom Yam Paling Legend Di Ampang😱🔥