Umum mengetahui, baru-baru ini kecoh di media sosial mengenai serbuan di rumah bekas Perdana Menteri. Barang-barang serbuan yang ditemui oleh pihak polis ternyata mengejutkan rakyat Malaysia.

Berkenaan serbuan besar-besaran itu, Datuk Seri Najib Razak meluahkan rasa tidak puas hati dan mengecam tindakan pihak polis yang didakwa makan makanan dan coklat dari peti sejuk ketika serbuan ke rumah anak-anaknya.

BACA: “Terima Kasih Najib, Kami Masih Sayangkan BN”

Pihak polis ambil coklat & minta makanan

Menerusi peguamnya, Harpal Singh Grewal, Najib turut mengkritik pihak polis yang melakukan serbuan yang bersikap sombong dan tidak bertanggungjawab.

“(Ia) dicerminkan dengan cara kakitangan polis yang makan makanan dan coklat di dalam peti sejuk serta kemudiannya meminta makanan disediakan untuk mereka.

“Publisiti yang meluas sekitar rampasan itu yang sebenarnya hanya barangan peribadi kepunyaan anak-anaknya telah menyebabkan penghinaan yang teruk dan memalukan kepada keluarga tersebut.”

Anak merayu barangan peribadi dipulangkan

Menurut Harpal, kedua-dua penghuni kediaman kondominium itu merayu jabatan siasatan jenayah komersil untuk “secepatnya memulangkan kesemua barangan peribadi dan mengelakkan untuk terus memalukan serta mendatangkan kesedihan kepada keluarga ini.”

“Tidak ada relevan dan tiada bukti prima facie (bukti yang munasabah) bagi serbuan dan rampasan itu dibuat,” kata Harpal.

Selain daripada serbuan yang dijalankan di unit-unit kediaman berkenaan, 72 beg berisi wang tunai dan barang kemas serta 284 kotak beg tangan berjenama mewah juga dirampas dari dua unit kondominium yang dikaitkan dengan Najib di Pavilion Residences pada malam Khamis lalu.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Lintas Jalan, Nasi Goncang Di Korea?