Selepas hilang jawatan sebagai Perdana Menteri dan meletak jawatan sebagai Presiden Umno dan Pengerusi Barisan Nasional pada PRU14 yang lalu, Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu beliau kini dalam fasa ‘persaraan’.

Dalam satu temuramah bersama Malay Mail, Najib sempat bergurau dan mengaku beliau kini sedang menganggur.

BACA: Najib Kecam Polis Makan Coklat Ketika Serbuan

Image via Twitter

“Kehidupan seharian? Saya tidak ada kerja, saya penganggur,” kata bekas perdana menteri itu.

Menurutnya, buat masa ini beliau mahu berehat dan menyelesaikan masalah peribadi yang sedang dihadapi sebelum memikirkan perihal negara.

Ditanya apakah perancangan di masa akan datang, Najib berkata, beliau belum memutuskan apa-apa perkara lagi, namun akan melihat perkembangan dari semasa ke semasa.

Image via Twitter

“Tidak tahu lagi, saya akan lihat perkembangan semasa negara. Berikan saya masa untuk berehat dahulu dan selesai hal peribadi.

“Tetapi saya akan melakukan apa sahaja yang boleh untuk menyumbang kepada negara kerana negara ini memerlukan orang yang boleh memberikan buah fikiran, ” katanya lagi.

Minggu lalu, polis merampas 284 kotak mengandungi beg tangan pelbagai jenama mewah dan 72 beg berisi barangan kemas, pelbagai jenis mata wang dan barangan berharga didakwa milik bekas perdana menteri itu.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Lintas Jalan, Nasi Goncang Di Korea?