Ramai wanita sekarang impikan kulit putih gebu sehingga ada diantara mereka sanggup membahayakan nyawa sendiri dengan mengambil produk atau suplemen yang tidak diketahui kandungannya.

Kisah seorang gadis dikenali sebagai Wa Ell ini pasti akan menjadi pengajaran buat mereka di luar sana yang terlalu taksub untuk cantik. Buah pinggangnya rosak dan terpaksa dibuang akibat pengambilan ubat-ubatan untuk putihkan kulit.

BACA: “Nak Putih Macam-Mana Lagi, Pergi Telan Clorox”

Siapa yang nak kulit putih gebu gebas tu, jangan cucuk vitamin C

Salam semua, hari ni baru aku nak bukak cerita pasai aku punya kes last year sebelum nak raya lagi dua minggu aku masok hospital KPJ pasai apa ampa nak tau? Tuh la org kata nak cantek punya pasai sampai sanggup memudaratkan diri sendiri. Pendek cerita mcm ni la, hat mana nak lawa nak puteh gebu gebas flawless bagai tuh tak payah la pi injection vitamin c pala bapak pa semua tuh mengaqot weh semua side effect dalaman habeh rosak buah pinggang.

Menurut gadis tersebut, ramai yang sanggup bahayakan diri untuk kelihatan cantik tetapi tidak tahu kesan buruk di masa akan datang. Katanya lagi, ramai yang tidak tahu bahaya injection vitamin C yang kini menjadi pilihan ramai untuk miliki kulit putih dengan cepat.

Ni bukan kes rosak buah pinggang, tapi buah pinggang dah mati

Aku ni bukan kes rosak buah pinggang ni kes dah mati dah buah pinggang aku mang 100% kena buang di sahkan oleh dokter, mula tuh aku ada ketumbuhan kat pundi kencing, aku p klinik KSWAN kat desa wawasan bukit mertajam aku p check dulu, mula tuh dia tak pasti dia ingat aku ada cyst tapi bukan bledder cyst, tah pa kejadah tumbuh kat pundi kencing aku semua sebab akibat pemakanan supplement tak tehawan aku amik dulu punya nak cantek aku pon makan la collagen nk puteh la apa la last kali nahhh amik hang dok la hospital seminggu sakit pon dapat.

Sampai ada ketumbuhan dekat pundi kencing, kejap je Allah tarik nikmat

Mengelupoq dalam hospital tak leh nak lena punya dok tahan sakit sampai qeyau suruh nurse cucuk bagi ubat tahan sakit ampa tau dak. Aku mang rasa serik ya amat dah time tuh. Operations pi dah ketumbuhan kat pundi kencing tuh, kena pi 12k sekali operations. Ampa tengok nk cantek modai tak sampai 12k, skali sakit nahhh Allah tarik habeh nikmat aku 12k aku bayaq bil hospital kat KPJ.

Ni pengajaran buat aku la nk lawa sangat kan tanggunglah akibat. Pastuh dokter cakap kat aku buah pinggang aku dah mati kena operation buang tapi buang sebelum kawen sebab takot side effects kot lain plak. Takot merebak kuman. Kampoi duit plak nak operations ni. Tuh la org kata nk lawa smpai memudaratkan diri sendiri buat apa?

Katanya lagi, buah pinggangnya perlu dibuang kerana bimbang boleh beri kesan buruk pada organ lain. Tambah gadis itu lagi, dia perlu membelanjakan RM12,000 untuk pembedahan dan ini merupakan pengajaran besar buatnya.

Biar kulit hitam, asalkan hati tu jangan hitam sudah

Biaq lah kulit hitam pon tak pa aih asalkan hati tuh jangan hitam sudah la weyh . Sebab benda ni dah jadi kat aku so aku nak ampa alert la benda2 macam ni. Jangan sampai kesihatan ampa terjejas. Ampa tengok aku muda2 lagi tak kawen lagi pon dah macam2 penyakit dok mai. Orang nampak luaran kita nampak sehat tapi hakikat dia dalaman kita tak tau pasai tal nampak, seumur hidop aku tak pernah p check dalaman aku kat hospital, bila rasa sakit baru terjah p hospital buat CT scan semua dapat lah result.

Aku cuma nak pesan lah pompuan hat kat luaq tuh tak payah nk lawa sangat lah kalau makan ubat nak bagi puteh semua tuh leh merosakkan buah pinggang ampa dengan injection pa kejadah tuh bukan lulus KKM pon sebenarnya. Tuh ja aku nak share cerita aku. Derita weyh. Sedih

Pesannya lagi, kepada wanita diluar sana jangan nak taksub untuk cantik telan suplemen dan ambil suntikan yang sudah pasti tiada kelulusan dari pihak KKM.

Jangan kerana mahu kelihatan cantik, nyawa melayang. Daripada nak cantikkan wajah, lebih baik cantikkan hati terlebih dulu. Bila hati cantik, pasti akan rasa bahagia dan bersyukur dengan apa yang kita ada.

ARTIKEL BERKAITAN:
Kerana Teh Hijau, Turun 10KG Dalam Masa 2 Bulan
Gadis Ini Dedah Rahsia Turun Berat Badan 32Kg

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Lubuk Nasi Ngidey Resepi 4 Generasi 🔥🔥