Baru-baru ini tular mengenai dua beradik ini yang mempunyai nama yang cukup unik dan lain dari yang lain. Nama mereka ini seakan-akan buah-buahan tempat yang menjadi kegemaran ramai iaitu buah durian dan rambutan.

Berikutan, dokumen MyKid kepynyaan Muhammad Dhury Yan dan adiknya Nur Rambutt’an tersebar di media sosial, bapa kepada dua beradik itu, Abi Amin mengaku terkejut dan kesal dengan pihak yang menularkannya.

BACA:Anak Selalu Diejek, Lelaki Mahu Tukar Nama ‘Kentut’

Tambahnya lagi, disebabkan dokumen pengenalan anaknya itu viral, dia dihentam oleh netizen, namun dia berfikiran positif memandangkan keputusan untuk menamakan anaknya itu dibuat oleh keluarga.

“Nama ni dapat dari orang-orang lama, depa orang baik-baik, ada pertalian keluarga juga, macam pangkat tok-tok, jadi kami ikut sahaja,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya lagi, nama kedua anaknya itu sama sekali tiada kaitan dengan nama buah-buahan tempatan seperti durian dan rambutan. Difahamkan, Muhammad Durry Yan diberi gelaran Yan dalam keluarga manakala Nur Rambutt’an digelar Adik An atau Nora.

Bagaimanapun, dia berharap agar masyarakat menghormati keputusan keluarganya itu tanpa meninggalkan sebarang persepsi sehingga menjejaskan masa depan anak-anaknya.

Dalam pada itu, Yan dan Adik An mengakui sangat sukakan buah-buahan tempatan termasuk durian dan rambutan. Yan berkata, dia suka makan durian dan mengakui adiknya juga sukakan buah rambutan.

ARTIKEL BERKAITAN:
Pencipta Piza Hawaiian Meninggal Dunia
Meninggal Dunia Kerana Nyanyi Lagu Nada Tinggi?

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Pedas Buttermilk Lambat Datang, Masih Berlagak