Sekarang ni memang sana sini semuanya tentang bubble tea. Malah, sejak kebelakangan ini semakin banyak kedai minuman bubble tea dibuka seperti cendawan tumbuh selepas hujan.

Jika sebelum ini viral mengenai resepi telur dadar pearl, kali ini tular pula photo cara membuat nasi boba.

BACA: Family Mart Perkenal ‘Brown Sugar Bubble Milk’, Hanya RM4.90!

Ternyata perkongsian itu mendapat perhatian ramai netizen yang menyifatkan resepi tersebut sangat mengarut dan tidak boleh terima dek akal.

Rata-rata netizen mengatakan bagaimana ada orang boleh terdetik idea untuk mencipta resepi mengarut seperti itu.

Difahamkan, ‘nasi boba pelik’ merupakan hasil eksperimen oleh sekumpulan wartawan Jepun untuk laman sesawang soranews24.com

Kata netizen lagi, tiada salahnya untuk menginovasikan sesuatu makanan atau kreatif tetapi biarlah berpada-pada dan boleh diterima ramai.

Agak-agak ada tak yang berani cuba resepi ‘rare’ ini. Kalau sesiapa dah cuba, boleh kongsikan kepada kami bagaimana rasanya ‘Nasi Boba’ ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Restoran Tom Yam Paling Legend Di Ampang😱🔥