Nasi Lemak Lobster Gegarkan Singapura

1
6235

Selepas ‘demam’ burger nasi lemak berakhir, kini tiba pula giliran nasi lemak lobster yang semakin banyak mencuri hati orang ramai bahkan menjadikan ia hidangan popular pada masa kini. Gabungan lazat ini dicipta oleh sebuah gerai makanan di negara jiran iaitu di Tampines, Singapura.

BACA: McD Singapura Hidang Nasi Lemak Burger!

Sumber dari facebook.com

Gerai Lawa Bintang semakin dikenali dalam kalangan rakyat tempatan kerana keunikan nasi lemak yang mereka cipta. Malah, ada yang menyatakan nasi lemak lobster itu sama enak seperti yang anda lihat. Bayangkan jika anda dapat makan lobster yang segar itu dengan nasi lemak panas memang sedap sangat!

Sumber dari facebook.com

Hidangan nasi lemak istimewa ini dilengkapi dengan lobster yang disalut dengan minyak bawang putih dan tiga jenis keju sebelum dipanggang. Malah, pelbagai herba juga digunakan untuk menaikkan rasa lobster tersebut.

Sumber dari facebook.com

Selain itu, timun, kacang, telur goreng dan sambal turut melengkapi hidangan menyelerakan itu. Apa yang pasti, harganya juga berbaloi dengan hidangan yang anda perolehi iaitu lebih kurang SGD22 (RM69) satu hidangan.

Sumber dari facebook.com

Walau bagaimanapun, jika anda tidak menggemari lobster, gerai ini juga menyediakan nasi lemak dengan menu istimewa lain seperti pari bakar, sotong bakar, salmon, udang dan banyak lagi. Harga bagi menu-menu tersebut bermula dari SGD7 atau RM22 satu hidangan.

Sumber dari facebook.com

Usah risau, gerai ini menjual makanan halal serta pemiliknya juga beragama Islam. Jika anda hendak ke sana, gerai Lawa Bintang beroperasi hari Selasa hingga Ahad, dari pukul 9 pagi hingga 2 petang sahaja.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Penangan Burger Nasi Lemak Di Singapore (ENG SUB)

1 COMMENT

  1. Assalam. Nak comment pasal nasi lemak burger. Untuk pengetahuan Vitdaily/umum patty burger nasi lemak tu di perap dengan santan (ada di tulis di kotak), selain sambal tumis nya yg memang rasa sambal tumis nasi lemak 🤗
    Its all sold out! Thx to Vitdaily sanggup datang dari jauh untuk merasa makanan yg unik ni.
    Assalam dari Singapura 👍👍👍
    #followersVitdaily

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here