Tak semua orang dapat hidup mewah dan selesa lebih-lebih lagi dengan zaman sekarang yang harga barang semakin meningkat.

Siapa sangka seorang nenek yang daif berjaya memenangi hadiah utama cabutan bertuah iaitu wang sebanyak sejuta Baht di Bangkok, Thailand.

BACA: Nenek Belajar Fotografi Hasilkan Gambar Lucu

Sumber dari nationmultimedia.com

Neng Khamjaras, 66 tahun, berasal dari Tambon Najan di Muang Kalasin memenangi hadiah utama sejuta Baht (RM124,510) pada 16 Disember lepas.

Cabutan bertuah itu diadakan untuk penduduk yang berpendapatan rendah dan berdaftar dengan skim kebajikan kerajaan.

“Selepas saya dapat duit itu, saya akan simpan di dalam bank dan buat merit terutamanya untuk adik perempuan yang meninggal dunia dua tahun lalu. Ia adalah satu hasrat yang ingin saya lakukan,” jelasnya.

Menurutnya, hadiah itu adalah ganjaran baginya kerana dia suka membantu orang terutama mendiang ibu bapanya dan adik beradiknya.

Untuk pengetahuan anda, Neng masih bujang tak pernah berkahwin sering menjaga anak-anak kepada adik beradiknya ketika mereka keluar bekerja.

ARTIKEL BERKAITAN:
Lagu Jepun Nyanyian Nenek Comel Tarik Perhatian
Demi Ibu, Lelaki Sanggup Jadi Wanita

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Dia Punya B****r Bakar Memang Montok Dan Gebu