Sebut saja Upin & Ipin pasti semua tahu cerita animasi tersebut. Bukan sahaja diminati kanak-kanak malah hampir semua peringkat usia meminati cerita animasi itu.

Baru-baru ini, menerusi Twitter pihak produksi Les’Copaque meminta netizen berkongsikan idea paling unik untuk cerita animasi Upin & Ipin pada tahun hadapan.

BACA: Kebab Terbang Hingga Ke Angkasa?

Dalam banyak-banyak komen, satu perkongsian dari seorang netizen ini tular dimana dia meminta produksi Upin & Upin iaitu Les’Copaque supaya berhenti daripada menggunakan bahasa kasar dan kata ganti nama diri kau dan aku dalam cerita animasi tersebut.

Selain itu, netizen itu juga meminta supaya membuang watak seorang lelaki lembut bernama Sally dan menggantikan beberapa suara latar mengikuti karakter bangsa sebenar.

Kata netizen itu, ambil orang berbangsa India untuk karakter India. Tidak terhenti setakat itu, netizen itu turut meminta untuk menghentikan tagline ‘betul betul betul’ kerana ianya tidak comel.

Netizen itu turut meminta agar pihak produksi memperbaiki lagi isi kandungan cerita animasi tersebut dengan nilai moral atau batalkan sahaja siri itu.

Perkongsian netizen itu menimbulkan pelbagai reaksi netizen, malah ada yang tidak bersetuju dengan pendapatnya itu.

Netizen berkata pihak produksi terpaksa menghentikan siri tersebut hanya kerana tidak kena dengan ‘selera’ netizen tersebut, sedangkan ramai ibu bapa diluar sana merasakan Upin & Ipin banyak mengajar nilai-nilai murni.

Seorang lagi netizen berkata, sebab itu sebagai ibu bapa tidak boleh biarkan anak tengok televisyen seorang diri kerana kita yang sepatutnya memantau apa yang dipelajarinya daripada tontonan tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN:
Pelajar Malaysia Berat Badan Terlebih
Kerana Takut Ular Cikgu Sanggup Gendong Anak Murid

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Restoran Tom Yam Paling Legend Di Ampang😱🔥