Buat pasangan yang berkahwin, dokumen perakuan nikah dan kad nikah sangatlah penting. Buat pasangan yang baru berkahwin, mereka perlu memohon kad nikah untuk memudahkan membawa ke mana sahaja.

Seperti kita tahu kad nikah memerlukan gambar kedua-dua pasangan. Namun, baru-baru ini tular di laman Twitter gambar sepasang pengantin dipercayai ingin mendaftar perkahwinan mereka.

BACA: Tak Tahan Ditanya ‘Bila Nak Kahwin’, Lelaki Ini Pasang Poster Cari Jodoh

Apa yang menjadi perhatian adalah gambar pasport yang disertakan bukanlah formal seperti kebiasannya tetapi memaparkan aksi freestyle. Dikongsikan oleh Twitter @501Awatni, pasangan tersebut dikatakan mahu tampil berbeza dan mengakui mereka pasangan yang ‘gila-gila.

Bagaimanapun, lain pula di mata netizen yang mengecam tindakan pasangan tersebut yang tidak profesional kerana nikah bukanlah perkara yang boleh dibuat main. Kata netizen lagi, tiada masalah untuk berlawak tetapi biarlah kena pada tempatnya.

Macam-macam hal orang sekarang, nanti tak pasal-pasal masa kena tahan penguatkuasa agama gigih nak kena buat muka macam tu. Harap-harapnya tindakan pasangan ini tak jadi ikutan.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

MyFirstTime: Jadi Ke Tidak Buat Blueberry Pie?