Pasti ramai masih ingat lagi dengan kes Nora Anne Quorin, remaja Ireland dikatakan hilang sebelum dijumpai dalam keadaan tidak bernyawa dalam keadaan bogel selepas 10 hari dilaporkan hilang dari The Dusun Resort, Negeri Sembilan.

Sudah lima bulan kes itu berlalu, baru-baru ini ibu bapa kepada remaja malang itu membuat keputusan untuk menyaman resort berkenaan atas alasan kecuaian.

BACA: “Dia Kelihatan Seperti Sedang Tidur, Tangannya Di Kepala”

Memetik laporan The Star, dalam tuntutan sivil itu, Meabh dan Sebastian Quoirin mendakwa The Dusun Resort, gagal memastikan keselamatan premis tersebut.

Pasangan itu juga mendakwa presort berkenaan gagal memasang kamera keselamatan dan tidak menyelenggara serta memastikan keupayaan selak pintu bilik penginapan mereka.

Pasangan itu yang diwakili peguam Sankara Nair memfailkan saman itu di Mahkamah Sesyen Seremban, Negeri Sembilan dan sebutan pertama kes akan didengar pada 21 Januari ini.

Difahamkan pasangan itu menuntut ganti rugi khas sebanyak RM152,707.90 selain ganti rugi umum yang dinilai mahkamah sebanyak RM30,000.

Perkara itu mendapat perhatian netizen dimana rata-rata mereka mengecam tindakan yang diambil oleh keluarga Nora Anne. Netizen berkata apa yang berlaku adalah kecuaian mereka sendiri.

Terdahulu, misteri kehilangan gadis istimewa Nora Anne pada 4 Ogos lalu akhirnya terjawab apabila gadis remaja itu ditemui di hutan di Pantai, Seremban selepas 10 hari.

Difahamkan, mayat Nora Anne ditemui tanpa pakaian oleh pendaki sukarelawan berhampiran air terjun hutan terpencil itu.