Jasa ibu bapa tiada tandingannya apatah lagi merekalah yang membesarkan kita sehingga kita menjadi insan berjaya. Daripada tidak tahu apa-apa sehingga kita belajar hingga ke universiti, semuanya adalah hasil titik peluh mereka.

Tiada apa yang ibu bapa inginkan melainkan melihat anak mereka berjaya dan tidak melupakan mereka. Seperti yang dilakukan oleh seorang YouTuber terkenal berusia 19 tahun, Cupcake Aisyah ini ternyata membuatkan netizen sebak.

BACA: Sebak Tonton Pengantin Menangis Depan Mak Ayah

Membuat kejutan dengan bermain cabaran What’s in The Box, Aisyah menghadiahkan wang tunai RM10,000 pada ibunya yang tercinta. Pada awalnya, Aisyah bermain cabarang tersebut dengan meletakkan beberapa jenis barang lain, antaranya sepotong kek, slime dan cacing.

Ternyata cabaran terakhir ibunya terus sebak dan mula menangis apabila Aisyah memberitahu wang tunai itu adalah hadiah untuknya.

Di akhir video, YouTuber itu sempat berkata dimana dia berharap video itu dapat memberikan inspirasi kepada anak-anak untuk memberikan sesuatu kepada ibu bapa masing-masing.

Diruangan komen, rata-rata netizen tidak dapt menahan sebak melihat reaksi ibu Aisyah. Malah ramai netizen berharap dapat membanggakan ibu bapa mereka dan menghadiahkan sesuatu kepada ibu bapa.

Diharap perkongsian gadis muda ini dapat memberi inspirasi kepada mereka diluar sana untuk terus berbakti kepada ibu bapa. Nilai tidak penting, tetapi berilah mengikut kemampuan masing-masing.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Restoran Tom Yam Paling Legend Di Ampang😱🔥