Pejam celik kurang dua minggu sahaja lagi kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Pasti ramai yang sedang sibuk membuat persiapan raya seperti membeli pakaian, kuih muih dan kelengkapan rumah.

Masa inilah ramai peniaga tidak akan melepaskan peluang untuk menjana pendapatan berlipat kali ganda di musim perayaan ini.

BACA: Fesyen Baju Melayu Ala Baju Kelawar Viral, Boleh Cover Perut!

Bagaimanapun, ada segelintir peniaga hanya mahu mengejar keuntungan sehingga sanggup menjual sesuatu yang tidak sepatutnya. Baru-baru ini tular di media sosial penjualan utang baju Melayu yang menggunakan logo Polis Diraja Malaysia(PDRM).

Peniaga tidak boleh sewenang-wenangnya menjual sebarang kelengkapan dan peralatan pakaian seragam PDRM secara terbuka kerana dikhuatiri boleh mengundang perlakuan jenayah seperti penyamaran.

Ketua Komunikasi Korporat PDRM Urusetia Ketua Polis Negara (KPN), Datuk Asmawati Ahmad berkata kelengkapan dan peralatan PDRM hanya boleh dijual kepada pegawai polis termasuk Sukarelawan Simpanan Polis, Polis Bantuan, SUKSIS dan Kadet Polis dengan menunjukkan Kad Sijil Perlantikan.

Sekiranya ada peniaga yang masih ingkar, tindakan undang-undang akan diambil termasuk membatalkan permit perniagaan mereka.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Restoran Tom Yam Paling Legend Di Ampang😱🔥