Sebelum ini kecoh sebentar apabila rakaman video seorang pakcik yang sudah berusia didakwa meraba peha seorang wanita berambut panjang di dalam transit aliran ringan (LRT) hingga mencetuskan kemarahan orang ramai.

Namun, apa yang terjadi adalah sebaliknya apabila seorang saksi yang berada di tempat kejadian tampil memberi penjelasan terhadap situasi sebenar yang berlaku di hadapan matanya sendiri.

BACA: Pengantin Malu Lauk Dihidang Dalam Bekas Plastik

Menurut pengguna pengangkutan awam itu, Karl Jeffrey Ramesh, 24 tahun, memberitahu dia dalam perjalanan dari KL Sentral menuju ke USJ, Subang Jaya, semasa kejadian.

Jelasnya, dia melihat lelaki warga emas itu menarik kain jubah yang bertindih di bawah peha perempuan itu dan bukannya meraba seperti orang ramai sangkakan.

“Pakcik tu tarik secara perlahan-lahan sebab tak mahu kejutkan perempuan tu yang tengah tidur. Netizen kena tengok video tu betul-betul, jangan buat tuduhan sehingga memfitnah,” katanya.

Tambahnya, ketika kejadian dia berdiri di ruang hadapan pintu, bersebelahan dengan tempat duduk perakam dan lelaki itu.

Oleh kerana berang dengan kecaman warga laman sosial terhadap lelaki tua tidak bersalah itu, Karl tampil membuat kenyataan penafian berhubung dakwaan orang ramai mengenai kejadian berkenaan.

“Kenapa si perakam tidak tegur pakcik tu kalau betul dia meraba? Kenapa dibiarkan saja? Rakaman dibuat untuk dijadikan bukti dan buat laporan kejadian kepada pihak berkuasa, bukannya terus memalukan orang,” soalnya.

Dia meminta si perakam video itu tampil membuat kenyataan permohonan maaf di atas tuduhan dibuatnya terhadap pakcik tua tersebut.

Sebelum menyebar dakwaan yang tidak berasas, adakalanya lebih baik kita menegur dan bertanya terlebih dahulu sebelum ianya menjadi fitnah kepada orang yang tak bersalah.

ARTIKEL BERKAITAN:
Biskut Alien Viral Jadi Bahan Ketawa Netizen
“Selangor Jalan Paling Teruk, Digelar Darul Lubang”

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

100k Subs, Giveaway 2.0 dan Pyan Beli Ferrari?