Kucing merupakan haiwan peliharaan yang manja dan comel. Kadang-kadang tak sampai hati nak marah bila kucing buat muka sedih selepas merosakkan barang kita.

Baru-baru ini video seekor kucing yang memujuk seorang lelaki untuk membuka pili air untuknya tular di laman sosial Twitter kerana dia kelihatan begitu bijak dan comel.

BACA: Shellout Untuk Si Comel Bertambah Selera

Video tersebut dikongsi oleh seorang pengguna Twitter, @meishelmie atau nama sebenar Noor Helmie yang merakam gelagat kucing tersebut meminta pertolongan membuka pili air di tandas dipercayai di Universiti Islam Antarabangsa (UIA).

Pada mulanya, Helmie tidak memahami kenapa kucing itu mengiau berkali-kali kepadanya seolah-olah mahu memberitahunya sesuatu.

Kemudian, dia baru menyedari bahawa kucing tersebut mahu meminta tolong untuk membuka pili air kerana dia dahaga. Alahai comelnya!

Sumber dari twitter.com

Ramai pengguna Twitter memberi pelbagai reaksi selepas menonton video berkenaan. Ada yang berasa kesian melihatnya terpaksa tunggu orang untuk membuka pili air, ada yang terhibur melihat kucing itu begitu lega dan puas selepas dapat minum air dan sebagainya.

Kadangkala kita tak sangka haiwan sebenarnya mendekati kita kerana mahu meminta pertolongan dari kita. Ada banyak kebaikan jika kita menolong haiwan yang dalam kesusahan.

ARTIKEL BERKAITAN:
Alahai Comelnya Polis Peronda Ni
Kisah Labun Yang Kini Ada Kad Matrik Sendiri

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Pecah Perut Makan Shell Out