Sebelum ini tular di media sosial apabila seorang lelaki berusia 41 tahun mengahwini isteri ketiganya yang baru saja berusia 11 tahun. Lelaki itu dikecam teruk oleh netizen dan ramai pihak meluahkan rasa tidak puas hati dengan perkahwinan tersebut

Namun menurut Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata mahu kes tersebut perlu dilihat dalam konteks lebih besar.

BACA: Tak Perlu Besarkan Isu Kahwin 11 Tahun, Isu LGBT Lagi Besar

Kata beliau lagi, individu yang berkahwin pada usia muda biasanya bertahan hingga akhir hayat dan dapat mengelak ‘skandal’.

“Soal keluarga ini bukan soal umur sahaja, ia melibatkan tanggungjawab, kita kena tengok melalui skop yang agak luas. Berapa ramai orang yang kahwin muda, kekal sampai ke mati.

“Ini adalah isu bawah umur, berkahwin lebih baik daripada dijadikan skandal,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau juga menyifatkan kes itu terpencil dan mengakui perkahwinan pada usia 11 tahun ‘terlalu muda’ dan tidak digalakkan dalam Islam sekalipun ‘tidak mengapa’ dari segi syarak.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Puas Hati Pekena Kambing Bakar Kat Setapak Ni