Pasti ramai masih ingat lagi dengan kisah seorang pemuda Nooraziro Abdullah ini menjadi perhatian ramai gara-gara tindakan beraninya memasang posternya di tepi jalan untuk mencari jodoh.

Pemuda berusia 35 tahun yang berasal dari Marang, Terengganu itu berkata dia terpaksa menggunakan cara itu kerana mahu berkahwin dalam tempoh terdekat dan tidak tahan asyik ditanya soal kahwin.

BACA: Tak Tahan Ditanya ‘Bila Nak Kahwin’, Lelaki Ini Pasang Poster Cari Jodoh

Nampaknya, usaha pemuda itu mendatangkan hasil apabila tidak sampai sebulan dia sudah menemui calon untuk dijadikan isterinya. Menurut Nooraziro, wanita berusia 33 tahun yang juga berasal dari Terenggany itu menghubunginya selepas milihat poster yang digantungnya.

Nooraziro berkata, selepas beberapa minggu berbalas mesej, akhirnya mereka bertemu minggu lalu sambil ditemani adik perempuannya. Katanya lagi, wanita tersebut bersetuju untuk menjadi isterinya namun mahu berkenalan terlebih dahulu.

Meskipun poster berkenaan sudah diturunkan oleh Majlis Perbandaran Dungun, namun Nooraziro masih lagi menerima panggilan dan mesej daripada orang ramai tentang iklan cari jodoh itu.

Kata Nooraziro dia turut menerima panggilan luar dari Terengganu seperti Klang, Johor dan Sarawak. Malah, lebih mengejutkan ada wanita berasal dari Indonesia turut menghubunginya.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

MyFirstTime: Jadi Ke Tidak Buat Blueberry Pie?