Sebut saja pasar terapung, pasti ramai tahu ia hanya ada di Bangkok dan Thailand sahaja. Nampaknya, selepas ini anda tak perlu terbang jauh untuk merasai kemeriahan ‘floating market’ kerana ianya akan ada di dalam Malaysia tidak lama lagi.

Selepas memperkenalkan Jambatan Angkat, negeri Terengganu bakal membuka satu lagi daya tarikan pelancongan iaitu pasar terapung.

BACA: Tak Perlu Ke Thailand, Pasar Terapung Ada Di Kelantan

‘Kuala Nerus Floating Market’ itu bakal dibina di Seberang Takir. Ia merupakan usaha pihak berkuasa tempatan untuk mengangkat produk pelancongan terbaru di daerah itu.

Lokasi pasar yang terletak di Seberang Takir juga sangat strategik kerana mempunyai panorama indah berlatarkan jambatan angkat.

Walaupun masih dalam peringkat cadangan Mesyuarat Khas Jawatankuasa Pembangunan Pelancongan Daerah Kuala Nerus, usaha itu dijangka dapat menarik lebih ramai pelancong.

Dalam pada itu, pihaknya juga mengekalkan tradisi bot penambang yang telah berusia lebih 60 tahun.

Tarikan terbaru itu nanti sekaligus menjadikan Malaysia sebaris dengan negara yang menjadi tumpuan pasar terapung utama seperti pasar terapung Klong Hae di Hatyai dan Dan Sinh Market di Ho Chi Minh.

Untuk pengetahuan anda, Kelantan Floating Market di Kampung Pantai Suri, Tumpat merupakan pasar terapung pertama di Malaysia.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Sambal Ikan Bakar Kat Sini Memang Meriah! 😱😱