Boleh dikatakan ramai yang suka ke pasar di Veitnam untuk membeli belah. Mana tidaknya harga barangan yang ditawarkan murah-murah belaka. Nampaknya, selepas ini anda tidak perlu lagi terbang jauh jika ingin ke Pasar Vietnam.

Berita baik untuk anda, Pasar Vietnam yang terbesar bakal dibuka di Malaysia pada bulan Mac 2020. Pasar Vietnam itu akan dibuka di bangunan Safuan Plaza, Kuala Lumpur.

BACA: Lelaki Ini Selamatkan Anjing Daripada Dijadikan Lauk Warga Asing

Difahamkan pasar tersebut bakal menghimpunkan pelbagai jenis perniagaan yang mengeksport produk pertanian, makanan laut, kraftangan, pakaian, peralatan mekanikal, mesin, kosmetik, teknologi proprietari dan industri perkhidmatan Vietnam, selain menjadi lokasi untuk firma Vietnam mengembangkan operasi di Malaysia.

Selain itu, pasar Vietnam pertama di Malaysia itu turut mempunyai 200 ruang kedai yang akan dibuka. Seronokla nak shopping sakan lepas ni!

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Restoran Tom Yam Paling Legend Di Ampang😱🔥