Boleh dikatakan telefon pintar sudah menjadi benda paling penting dan telefon pintar juga memudahkan kehidupan harian kita.

Namun, semakin maju teknologi ada pihak tidak bertanggungjawab melakukan intipan melalui aplikasi telefon pintar.

BACA: Polis Akan Tahan Pelajar Ponteng Sekolah Bawa Ke Balai

Lebih mengejutkan, mereka menggunakan aplikasi yang anda muat turun dengan menjejak data lokasi anda, log panggilan dan mesej teks.

Terbaru, Polis Diraja Malaysia menerusi Facebook rasmi mereka menggesa orang ramai membuang segera tujuh aplikasi ini dari telefon pintar anda.

#JomBeringatBUANG SEGERA TUJUH APLIKASI INI DALAM PERANTI ANDAPenyelidik ancaman keselamatan siber dari Syarikat…

Posted by Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ) on Jumaat, 19 Julai 2019

Aplikasi-aplikasi tersebut ialah:

1. Track Employees Check Work Phone Online Spy Free
2. Spy Kids Tracker
3. Phone Cell Tracker
4. Mobile Tracking
5. Spy Tracker
6. SMS Tracker
7. Employee Work Spy

Difahamkan, kesemua aplikasi tersebut telahpun dibuang oleh pihak Google dari pangkalan Play Store, namun sejumlah 130,000 muat turun telah direkodkan sebelum ia dikesan mengancam keselamatan.

Dalam pada itu, PDRM meminta para pengguna tidak memuat naik sebarang aplikasi yang tidak dipastikan kegunaan dan tahap keselamatannya.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Restoran Tom Yam Paling Legend Di Ampang😱🔥