Berita baik buat semua pengguna jalan raya, Bbersempena dengan perayaan Tahun Baru Cina, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menawarkan potongan sehingga 50 peratus untuk pelbagai jenis saman trafik.

Menariknya kali ini, pembayaran saman trafik PDRM boleh dilakukan secara dalam talian bermula dari 18 Januari hingga 1 Februari ini melalui MyEG Services Bhd (MyEG) dan Rilek.com.

BACA: PDRM: Elak Tampal Kertas Hiasan Pada Peti Ais, Undang Kebakaran

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Azisman Alias berkata pihaknya akan lebih menekankan e-pembayaran untuk pengguna jalan raya melunaskan saman-saman tertunggak.

Malah menerusi pembayaran atas talian itu, pengguna jalan raya tidak perlu berbaris panjang sehingga berjam lamanya untuk membayar saman.

Ujarnya lagi, tawaran itu diberikan susulan jumlah kutipan saman yang direkodkan sepanjang tahun lalu menurun kepada RM305.92 juta, berbanding RM338.7 juta pada 2018.

Sementara itu beliau berkata, jumlah kemalangan sepanjang tahun lalu meningkat 3.4 peratus membabitkan 567,466 kes berbanding 548,598 kes pada 2018.

Manakala, jumlah kemalangan yang mengakibatkan kecederaan parah sepanjang 2019 turut meningkat hampir dua peratus membabitkan sebanyak 3,022 kes, berbanding 2,964 kes pada 2018.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

MyFirstTime: Jadi Ke Tidak Buat Blueberry Pie?