Jika dahulu, perpustakaan menjadi pilihan utama pelajar untuk mengulangkaji atau perbincangan kerana mempunyai sumber yang banyak seperti buku-buku dan bahan rujukan.

Namun di zaman teknologi ini dan semuanya boleh didapati dihujung jari sahaja, ramai yang memilih restoran makanan segera atau kafe untuk mengulangkaji kerana kebanyakannya memberikan kemudahan internet secara percuma.

BACA: McDonald’s Perkenal Menu Terbaru McNugget Pedas!

Tetapi boleh dikatakan rata-rata restoran makanan segera sering dijadikan tempat para pelajar untuk belajar sehingga duduk sehingga berjam-jam lamanya. Adakah ianya boleh diterima oleh pelanggan lain yang datang untuk makan di situ?

Seperti yang tular baru-baru ini dimana seorang lelaki berkongsikan satu kisah pelajar yang belajar di restoran makanan segera McDonald’s bertindak menegur pelanggan lain yang bising sehingga menggangu fokus mereka untuk belajar.

Bagaimanapun, tindakan pelajar itu disedari oleh seorang wanita yang menegur kembali pelajar berkenaan dengan mengatakan bahawa restoran makanan segera sememangnya bising kerana ianya tempat makan bukan tempat untuk belajar.

Tidak mahu mengeruhkan keadaan pelanggan tersebut kemudian menenangkan wanita tersebut dan mengatakan mereka hampir selesai makan.

Bagaimanapun wanita itu meminta pelanggan berkenaan untuk duduk semula kerana pelajar berkenaan sepatutnya beredar kerana disini bukan tempat untuk belajar.

Menurutnya, tiada masalah jika ingin belajar di situ tetapi perlu tahu bahawa itu adalah tempat awam dan tempat makan, jadi sudah pasti akan bising. Katanya lagi, ramai sahaja pelajar yang belajar di Mcd tetapi mereka terima sahaja keadaan bising seperti itu.

Perkongsian itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang tertanya berpuas hati apabila akhirnya ada individu menegur sikap pentingkan diri sesetengah pelajar yang belajar di restoran makanan segera.

Malah, ramai yang tertanya-tanya bagaimana ada pelajar yang boleh belajar di restoran makanan segera dalam keadaan bising. Namun ada yang mengatakan, mereka bukan belajar, tapi mahu ‘menunjuk’ mereka sedang belajar.

Tiada masalah untuk belajar di restoran makanan segera, tetapi jika harapkan suasana senyap mungkin disitu bukanlah tempat yang sesuai atau boleh datang pada bukan waktu kemuncak.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Nasi Kukus Kambing Bakar Setapak Yang Power 🔥