Pelbagai peristiwa terjadi tidak kira yang pahit atau manis di antara peserta, keluarga, penyokong dan ramai lagi. Salah satu peristiwa yang paling meninggalkan kesan ialah apabila seorang pemain ragbi negara pergi ke tempat penonton untuk memeluk kedua ibu bapanya.

BACA: Ucapan Birthday Buat Isteri Di Sukan SEA Viral

Video berdurasi selama 45 saat ini dikongsi oleh seorang warga laman sosial Twitter, @faizfadzil yang menunjukkan kasih sayang seorang anak yang mahu berkongsi kejayaan bersama ibu bapanya.

Pemain ragbi nombor 10, Azwan Zuwairi, meluru ke tempat duduk ibunya selepas permainan Ragbi 7s tamat dan kemudian memeluknya sambil ditonton oleh semua penonton yang berada di situ. Malah, penonton yang hadir turut bersorak sambil bertepuk tangan melihatnya.

Azwan berasa sebak setelah pasukannya memenangi permainan menentang pasukan Singapura selepas meraih 22-7 seterusnya mendapat pingat emas untuk negara.

Kebanyakan yang melihat video tersebut turut berasa sebak atas peristiwa itu dan berbangga kerana Azwan dan pasukannya mengharumkan nama negara dengan memenangi pingat emas.

Semoga peserta-peserta lain sentiasa bersemangat sepertinya dan tidak lupa diri setelah berjaya dalam Sukan SEA yang sedang berlangsung ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Ini Sebab Kami Tak Nak Balik Dari Jepun | Japan Day 13