Jika anda ke pasaraya untuk mendapatkan roti Gardenia kegemaran anda, ada beberapa produk tersebut mempunyai harga berbeza berbanding sebelum ini. Menurut syarikat pengeluaran roti antarabangsa Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd mengesahkan harga beberapa produk akan naik berkuatkuasa 1 November 2018.

Memetik laporan FMT, ia berikutan kenaikan kos bahan dan pengeluaran. Antara produk yang terkesan ialah sapuan kaya Auntie Rosie’s Original Homestyle dan Auntie Rosie’s Natural Pandan (RM2.85 kepada RM3) dan sapuan cokelat Delicia Milky Chocolate (RM6.70 kepada RM7.20) dan Hazelnut Chocolate (RM8.60 kepada RM9.10).

BACA: Roti Canai, Teh Tarik Sah Akan Dikenakan Cukai SST

Foto: QAF

Roti Delicia Butterscotch, Choco Raisin, Raspberry Milk and Cranberries dan Butter Raisin naik daripada RM4.35 kepada RM4.50, manakala 4 roti roll berkrim – vanila, jagung, butterscotch dan cokelat – akan naik 5 sen kepada RM0.85.

Manakala tiada kenaikan harga untuk produk lain seperti roti fibremeal, cottage Eropah, Squiggles, Twiggies dan Muffin Supremes dan seterusnya.

Jurucakap Gardenia memberitahu kenaikan harga itu ditentukan berikutan kenaikan kos bekalan bercukai dalam beberapa bulan kebelakangan ini seperti cokelat, lelemak sayuran dan pembungkusan.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Restoran Tom Yam Paling Legend Di Ampang😱🔥