Adalah satu pemandangan yang normal apabila melihat orang ramai berdiri ketika menaiki bas seperti RapidKL atau bas awam yang lain kerana ia dapat menjimatkan ruang dan mengurangkan kos pengangkutan dan dapat membawa lebih ramai penumpang.

BACA: KFC โ€™Terbangkanโ€ Burger Di Angkasa?

Mengambil idea yang hampir sama, syarikat penerbangan bajet, VivaColombia telah menimbangkan langkah untuk mengeluarkan kesemua tempat duduk penumpang dan membuatkan mereka terpaksa berdiri ketika menaiki kapal terbang ini.

Syarikat penerbangan itu berharap dengan langkah seperti itu dapat mengurangkan kos operasi dan sekaligus mereka dapat menjual tiket penerbangan dengan murah kerana dapat membawa lebih ramai penumpang dalam setiap penerbangan.

CEO dan pengasas VivaColombia, William Shaw memberitahu Miami Herald buat masa ini syarikatnya sedang membuat kajian untuk bagaimana para penumpang boleh terbang dengan pesawat secara berdiri.

Menurut Shaw lagi, penerbangan seperti ini adalah untuk penerbangan jarak dekat seperti satu jam perjalanan supaya para penumpang tidak berasa lenguh dan terseksa ketika berdiri di dalam pesawat.

Jika idea ini berjaya dilaksanakan, kami musykil juga bagaimana keadaan ketika kapal terbang hendak berlepas dan ketika mendarat kerana perubahan tekanan udara dan keadaan terapung di udara.

VIDEO: Senangnya Buat Biskut Horlicks Padu Beb! ๐Ÿ‘Œ ๐Ÿ‘Œ ๐Ÿ‘Œ

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram