Pengasas Sate Kajang Hj Samuri iaitu Datuk Samuri Juraimi meninggal dunia di usia 73 tahun pada 2 September 2017. Melalui laporan Astro Awani, allahyarham meninggal dunia akibat kanser hati dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Ramal Dalam, Kajang.

BACA: 6 Restoran Malaysia Diiktiraf Peringkat Dunia

Haji Samuri dilahirkan pada 25 Julai 1944 di Kampung Sungai Ramal, Kajang, Selangor dan sudah pun menceburkan diri dalam bidang perniagaan satay bermula sejak dari bangku sekolah lagi. Dia kemudiannya mewarisi perniagaan satay daripada bapa saudaranya, Haji Tasmin.

Sejak dari itu, allahyarham mula menjual satay secara kecil-kecilan sejak tahun 1992 selepas berhenti berhenti kerja dengan sebuah syarikat telekomunikasi pada tahun 1987.

Arwah meninggalkan seorang balu Datin Jani Mohamad Amir dan lima anak iaitu Norsham, Sofian, Nur Ilyana, Shafeq dan Nurul Aqilah.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

VIDEO: Penangan Burger Nasi Lemak Di Singapore