Dipercayai meliwat sembilan orang pelajar, seorang guru agama yang juga merupakan pengetua sebuah pusat tahfiz di Kepong ditahan oleh pihak polis.

Menurut Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Yaacop, suspek berusia 30 tahun itu ditahan sehari selepas pihak polis menerima laporan kes berkenaan yang dibuat oleh seorang guru pusat tahfiz berkenaan pada 13 September lalu.

BACA: Rogol Anak 623 Kali, Bapa Dipenjara 48 Tahun

Kata Zainuddin, perbuatan terkutuk pengetua tahfiz itu melibatkan pelajar berusia antara lingkungan 11 hingga 16 tahun.

“Pelajar-pelajar tahfiz berkenaan telah memaklumkan perkara itu kepada pengadu berkenaan mengenai perlakuan suspek berusia 30 tahun yang merupakan pengetua pusat tahfiz itu.

“Suspek dipercayai telah mencabul dan meliwat kesemua mangsa dan kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017,” katanya kepada 

Menurut sumber dari pihak polis, sembilan pelajar berkenaan sudah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur untuk diambil keterangan sebelum dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk pemeriksaan lanjut. Buat masa ini, kesemua pelajar yang terlibat telah dibawa pulang oleh keluarga masing-masing.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Lubuk Nasi Ngidey Resepi 4 Generasi