Boleh dikatakan bila nak cari barangan rumah sudah tentu gedung perabot IKEA antara tempat yang akan terlintas difikiran. Setiap kali ke IKEA memang seronok apabila melihat contoh susun atur perabot malah reka bentuk perabotnya memang cantik-cantik semuanya.

Tetapi tidak semua produk di gedung tersebut mampu dibeli. Setakat ini di Malaysia sudah ada tiga cawangan IKEA iaitu di Cheras, Damansara dan Tebrau, Johor.

BACA: Ini Yang Terjadi Apabila Gedung IKEA Pertama Dibuka Di India

Terbaru, syarikat perabot gergasi bukan sahaja mengehadkan penjualan perabot malah merancang mengembangkan lagi perolehan syarikat menerusi program sewaan perabot.

Bagaimanapun, untuk peringkat permulaan program sewaan perabot hanya dilaksanakan di ibu pejabat Ikea di Sweden bagi memudahkan pemantauan.

Eksperimen tersebut dimulakan dengan sewaan meja dan kerusi di mana penyewa boleh membawa pulang perabot yang mereka minati untuk tempoh tertentu dan menghantar semula selepas habis tempoh.

Bakal dilaksanakan bulan hadapan, program penyewaan perabot itu akan membantu guna semula komponen perabot terpakai selain mencipta perabot baharu sekali gus boleh mengurangkan pembuangan perabot terpakai.

Agaknya, bilakah program tersebut akan diperkenalkan di IKEA Malaysia pula dan bagaimana reaksi rakyat Malaysia berkenaan program tersebut.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Pening Kepala Pekena Butter Beer?