Sebut saja buah durian, ramai yang gilakan raja buah ini. Rasa buahnya yang lemak manis, tiada siapa boleh tolak keenakan buah durian.

Pasti ramai tahu musim durian hanya tinggal beberapa hari saja lagi. Susulan itu, ramai peniaga menjual durian mereka dengan harga yang murah.

BACA: “Pertama Kali Dalam Sejarah, Isi Durian Sahaja Ditimbang”

Tetapi peniaga di Kelantan ini menjual durian dengan harga yang tak masuk akal. Gerai Kumpulan Pemburu Buah di Kampung Semat Jal, Tumpat, Kelantan membuat lelongan buah durian dengan harga RM10 satu beg plastik besar.

Pemiliknya, Shahmi Azani Mohd. Tanazi, 26, berkata, bagi mengelakkan orang ramai berebut-rebut, pihaknya membuat jualan sistem kupon dan kuantiti kupon disediakan berdasarkan bekalan buah durian.

Menurutnya, satu plastik boleh memuatkan lima hingga lapan biji buah durian dan sangat berbaloi hanya perlu membayar RM10 kerana mempunyai isinya yang baik.

Dalam pada itu, Shahmi yang sudah 11 tahun bekerja sebagai penjual durian berkata dia akan mengutamakan golongan warga emas, wanita mengandung dan orang kurang upaya untuk mendapatkan kupon tersebut.

Antara buah durian lain yang dijual oleh Shahmi adalah jenis D24, IOI D2, D13, Udang Merah , D88, Kampung , Cikgu dan Holo.

Katanya lagi, dia menjual pelbagai jenis buah durian lebih 20 tan sehari yang diperoleh dari negeri Johor, Pahang, Kedah Pulau Pinang dan Negeri Sembilan.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Nasi Kukus Kambing Bakar Setapak Yang Power 🔥