Susulan wabak Coronavirus yang mencetuskan kebimbangan dunia, ramai sudah mula mengambil langkah-langkah pencegahan bagi mengelakkan daripada dijangkiti wabak misteri itu seperti memakai topeng muka dan membeli pembasmi kuman tangan

Bagaimanapun, sejak beberapa hari ini ada laporan memaklumkan bahawa topeng muka dan pembasmi kuman tangan habis dijual di beberapa farmasi. Dalam pada itu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) bimbang jika ada peniaga menaikkan harga topeng muka.

BACA: Elak Wabak Coronavirus, Masjid Putra Ditutup Kepada Bukan Islam

Justeru itu, tindakan undang-undang akan diambil terhadap mana pihak yang mengambil kesempatan menaikkan harga topeng muka secara tidak munasabah susulan penularan wabak coronavirus.

Ketua Setiausaha KPDNHEP, Datuk Muez Abdul Aziz berkata ada lima jenis topeng yang ditetapkan sebagai barangan harga terkawal seperti diperuntukkan di bawah akta sama.

Peniaga yang didapati menaikkan harga topeng muka sesuka hati boleh didenda hingga RM100,000 atau dipenjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya atau dikompaun sehingga RM50,000.00. Syarikat pula boleh didenda hinga RM500,000 atau dikompaun hingga RM250,000.

Dalam pada itu, KPDNHEP sudah menjalankan pemantauan berterusan dengan mengarahkan 2,300 pegawai penguat kuasa untuk membuat pemeriksaan seluruh negara.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Sambal Ikan Bakar Kat Sini Memang Meriah! 😱😱