Buat pengguna jalan raya, pasti anda dapat lihat semakin banyak penjaja tepi jalan terutama di kawasan persimpangan lampu isyarat di mana penjaja-penjaja menjual barangan mereka ke tingkap kereta.

Kebiasaannya penjaja ini menjual pelbagai jenis makanan. Namun, penjaja jalanan yang tidak menghentikan aktiviti itu bakal berdepan hukuman penjara dan denda sehingga RM100,000 sekiranya didakwa di mahkamah.

BACA: Pasar Terapung Bakal Dibuka Di Kuala Nerus, Terengganu

Timbalan Exco Kerajaan Negeri Terengganu, YB Wan Hapandi Wan Nik berkata, keputusan itu dibuat disebabkan tempoh akhir dibenarkan untuk aktiviti perniagaan tidak sah itu telah berakhir November lalu.

Menurutnya lagi, pihaknya telah memutuskan untuk melaksanakan operasi bagi fasa pertama bermula hari ini hingga 31 Disember bagi memastikan keselamatan penjaja dan keselesaan pengguna jalan raya.

Ujarnya lagi, operasi itu akan melibatkan pelbagai agensi kerajaan iaitu pihak berkuasa tempatan (PBT), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kesihatan Negeri (JKN), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) serta Jabatan Tenaga Kerja (JTK).

Perkara itu mendapat perhatian netizen dimana ada yang bersetuju dengan hukuman yang denda yang akan dikenakan kepada penjaja yang degil.

Namun, ada yang tidak bersetuju dengan hukuman tersebut memandangkan hasil yang diperoleh daripada jualan tidak mampu untuk membayar jumlah denda.

Malah, ada pengguna jalan raya berpendapat penjaja-penjaja tidak menganggu pengguna jalan raya. Namun ada yang memandang peraturan itu dari sudut positif dimana bimbang membahayakan nyawa penjaja itu sendiri.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Sambal Ikan Bakar Kat Sini Memang Meriah! 😱😱