Bagi anda yang menggunakan petrol dan diesel Shell pastinya pernah ternampak iklan mereka yang menggunakan poster yang bersaiz manusia sebenar yang sebelum ini terkenal dengan akak air mineral Shell.

BACA: Rakyat Malaysia Pemalas Dan Pengotor?

Terbaru, wajah kakitangan Shell, Nor Shafila Khairusalleh sekali lagi mempromosikan bahan Dynaflex yang terdapat dalam petrol yang dikeluarkan oleh Shell.

Taktik pemasaran itu mendapat perhatian ramai orang sehinggakan ada segelintir orang awam bertindak kurang sopan dengan poster saiz penuh tersebut.

Viral di laman media sosial menunjukkan beberapa orang lelaki berkelakuan kurang sopan dengan poster tersebut seperti mencium dan memeluk gambar tersebut dengan aksi yang tidak senonoh.

Perkara tersebut menimbulkan rasa kurang selesa kepada Nor Shafila kerana dia segan dan malu melihat poster gambarnya diperlakukan sebegitu.

“Kalau usik sikit-sikit macam tutup mata, tarik hidung atau peluk pun saya boleh terima lagi sebab ia hanyalah poster.

“…tapi kalau ke arah mencabul atau seks, saya anggap ia melampau.

“Mereka mungkin mahu bergurau, tapi saya rasa segan (malu) sebab itu diri saya walaupun ia hanya sekeping gambar,” ujar Nor Shafila.

Menurut laporan Mstar online juga, seorang lelaki bernama Nasrulazmi telah memohon maaf di laman Instagramnya yang telah dimatikan atas keterlanjuran aksinya yang tidak sopan itu.

Menurut kenyataan itu, Nasrul berasa bersalah setelah orang ramai mengecam tindakannya dan dia menyesal dengan tindakan luar batasannya itu.

VIDEO: Resepi Popia Horlicks Yang Dapat Ribuan Share! 🔥 🔥 🔥

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram