Minggu lepas kita berpeluang merasai cuaca sejuk luar biasa yang melanda negara ini di beberapa tempat. Ada yang terpaksa memakai pakaian tebal kerana tak biasa dengan cuaca sejuk yang dianggap paling sejuk untuk negara kita.

Tetapi, pernahkah anda menjejakkan kaki ke perkampungan paling sejuk di dunia? Suhu di perkampungan itu mencecah -50 darjah Celsius pada bulan ini.

BACA: Kota Bharu Diselubungi Kabus Tebal

Sumber dari amazingnara.com

Untuk pengetahuan anda, perkampungan Oymyakon adalah perkampungan tersejuk di dunia dan terletak di daerah Republik Sakha, Rusia.

Sumber dari pesanatuk.com

Bulu mata anda akan cepat membeku jika anda berada di kawasan luar rumah di perkampungan tersebut walaupun hanya seketika. Bayangkan betapa sejuknya cuaca di sana.

Sumber dari amazingnara.com

Malah, suhu di kawasan itu semakin sejuk hinggakan termometer elektronik baru rosak selepas mencatat suhu -62 darjah Celsius.

Menurut stesen kaji cuaca kampung itu, mereka merekodkan suhu serendah -59 darjah Celsius, tetapi penduduk mendakwa bacaan termometer mereka merekodkan suhu sehingga -67 darjah Celsius, di mana ia kurang 1 darjah Celsius daripada suhu terendah yang boleh diterima untuk penempatan tetap di dalam dunia.

ARTIKEL BERKAITAN:
“Cuaca Sejuk Perkara Biasa”
Musim Sejuk Di Malaysia, Dobi Laris

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Pecah Perut Makan Shell Out