Sebut sahaja negeri Perlis, ramai yang menjadikannya bahan ketawa kerana negeri itu yang kecil dan dengan jumlah penduduk yang rendah. Pasti ramai tahu dengan jenaka kalau jogging dekat Perlis kena pusing 3 kali baru berpeluh.

Tetapi siapa sangka, negeri Perlis dinobat sebagai negeri paling selamat di jalan raya dengan kadar kemalangan serendah 0.3% sahaja.

BACA: Penjaja Jalanan Degil Di Terengganu Boleh Dihukum Penjara, Denda RM100,000

Kadar peratusan itu sekaligus meletakkan Perlis sebagai negeri dengan kadar kemalangan terendah berbanding negeri-negeri yang lain sehingga penghujung tahun 2019.

Menurut Ketua Polis Perlis, Datuk Surina Saad, perbandingan dibuat bukan berdasarkan saiz negeri yang kecil tetapi dinilai berdasarkan jumlah penduduk.

Kadar kemalangan yang rendah menunjukkan tahap kepekaan rakyat Perlis dalam mengutamakan aspek keselamatan di jalan raya adalah tinggi berbanding negeri-negeri lain.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Sambal Ikan Bakar Kat Sini Memang Meriah! 😱😱