Perhatian buat pengguna jalan raya, bermula hari ini iaitu 22 Januari sehingga 3 Februari ini, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) akan menutup semua lorong tambah nilai bagi melancarkan pergerakan trafik bersempena musim peraayaan Tahun Baru Cina yang akan disambut Sabtu ini.

Menurut kenyataan PLUS, penutupan tersebut bertujuan untuk mengurangkan kesesakan yang disebabkan oleh pengguna lebuh raya beratur di lorong tambah nilai.

BACA: Tiada Lagi Tambah Nilai Di Semua Lorong Mulai 5 November

PLUS menjangkakan dua juta kenderaan menggunakan lebuh ray PLUS pada hari-hari puncak iaitu pada iaitu pada 22, 23, 24, 27, 28 dan 31 Jan serta 1 Februari nanti.

Dalam pada itu, PLUS menasihatkan pengguna lebuh raya merancang perjalanan mereka dan terlebih dahulu menambah nilai kad TnG mereka selain memastikan mempunyai baki yang mencukupi.

Terdapat kira-kira 11,000 pusat tambah nilai kad Touch ‘n Go di sediakan di seluruh negara termasuk di stesen minyak terpilih, kawasan rehat dan rawat serta pusat khidmat pelanggan Plus di plaza tol terpilih.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Sambal Ikan Bakar Kat Sini Memang Meriah! 😱😱