Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad disebabkan sikap rakyat yang suka mengharapkan bantuan berbanding bekerja keras, negara Malaysia mungkin akan dipintas oleh negara jiran yang lebih miskin.

Menuru beliau lagi, rata-rata rakyat Malaysia terlalu bergantung dengan bantuan kewangan seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) ketika di bawah pentadbiran kerajaan terdahulu, Barisan Nasional (BN).

BACA: Tun Mahathir Dedah Rahsia Jadi PM Tertua Di Dunia

“Kita membawa masuk pekerja asing untuk melakukan kerja-kerja yang tidak ingin dilakukan oleh rakyat Malaysia.

“Kerajaan mengutip cukai dan levi daripada pekerja asing ini hanya untuk memberi kepada rakyat Malaysia yang menyangka mereka mempunyai kekurangan seperti bantuan kewangan,” beliau dipetik berkata demikian kepada The Malaysian Insight pada Ahad.

Dalam pada itu, Tun M menjangkakan negara Asia Tenggara seperti Vietnam yang pernah dimusnahkan oleh peperangan itu akan memintas Malaysia dalam pencapaian ekonomi tidak lama lagi kerana sikap rakyat mereka yang rajin bekerja.

“Vietnam akan memintas Malaysia kerana rakyatnya sangat rajin. Di Malaysia, rakyat tidak mahu bekerja kerana kerajaan beri mereka duit,” katanya.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Penangan CEndol Durian Di Gombak & Makan Percuma? 😱😱😱