Sekarang di mana-mana saja semuanya tentang bubble tea atau pun minuman boba. Boleh dikatakan minuman boba menjadi fenomena di Malaysia sehinggakan ada yang sanggup beratur panjang untuk mendapatkan minuman kegemaran mereka.

Bukan saja menjadi fenomena di Malaysia, malah di Jepun juga. Tidak mahu ketinggalan dengan trend tersebut, The Pokemon Company juga turut memperkenalkan minuman boba edisi terhad.

BACA: “Nasi Boba? Ada Tak Neraka Khas Untuk Orang Yang Masak Ni?”

Pokemon Bubble Tea ini tampil dengan enam perisa Pockt Monster kegemaran anda iaitu Eevee Milk Bubble Tea, Plenty of Pikachu Melon Soda Bubble Tea, Bulbasaur Matcha Bubble Tea, Pikachu Bubble Mango Smoothie Bubble Tea, Plenty of Pikachu Rainbow Soda Bubble Tea dan Mew Watermelon Smoothie Bubble Tea.

Minuman ini dijual dengan harga bermula 540 yen (RM20.70) – 756 yen (RM28.98).

Minuman boba ini hanya boleh di dapati Kafe Pokemon yang terletak di Tokyo dan promosi ini hanya ditawarkan bermula 17 Julai ini sehingga September depan sahaja.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Restoran Tom Yam Paling Legend Di Ampang😱🔥