Sejak semalam tular di media sosial mengenai pokok berusia puluhan tahun di Universiti Putra Malaysia dan juga simbol ikonik bagi warga UPM akhirnya tumbang.

Pokok tersebut terkenal dengan jolokan ‘tree of life’ pernah popular suatu ketika dahulu apabila menjadi tempat ‘dating’ Farid Kamil dan Lisa Surihani dalam sebuah filem tempatan yang digilai ramai Lagenda Budak Setan.

BACA: Pokok Kurma Putrajaya Berbuah Lebat Lepas PRU 14

Selain itu, pokok ini juga pernah digunakan sebagai latar belakang rakaman muzik video ‘Dipenjara Janji’ nyanyian Awie.

Rata-rata alumni UPM, pelajar mahupun pensyarah meluahkan rasa sedih kerana pokok tersebut membawa pelbagai kenangan buat mereka.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Meletop Perut Makan Burger Tsunami & Western Talam?