Berikutan golongan LGBT yang semakin berleluasa, lelaki yang berpakaian seperti perempuan atau berlagak seperti pondan di Kelantan boleh dikenakan denda sehingga RM1,000 atau dipenjara sekurang-kurangnya enam bulan jika disabit kesalahan.

Ketua Hakim Syarie Kelantan Datuk Daud Muhammad berkata, tindakan itu bukan saja dikenakan terhadap warga tempatan, malah orang luar yang datang ke negeri itu juga.

BACA: “Masih Ramai Wanita Berpakaian Ketat Di Kelantan”

Lelaki yang berpakaian atau berlagak seperti pondan melakukan kesalahan di bawah Seksyen 7 Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan 1985.

Bagaimanapun beliau tidak pasti undang-undang negeri Kelantan berkenaan pondan sama dengan negeri lain tetapi yang pasti, undang-undang negeri ini jelas mengatakan pondan di tempat awam boleh didenda atau dipenjara di bawah enakmen tersebut.

“Terpulang kepada mereka (lelaki itu) jika mereka ingin kelihatan seperti perempuan di rumah mereka tetapi jangan di tempat awam, ia adalah satu kesalahan serius.

“Golongan ini wujud di negeri ini tetapi saya tidak pasti jumlah sebenar mereka. Semasa saya berkhidmat sebagai ketua penguatkuasa agama negeri, terdapat antara 40 hingga 70 pondan di negeri ini. Sekarang ini saya percaya bilangan mereka mungkin berkurangan dari tahun 80- an,” katanya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, pihaknya mendakwa kekurangan dalam menjalankan operasi oleh pihak berkuasa tempatan boleh mendorong pondan bebas mengadakan aktiviti mereka.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Penangan CEndol Durian Di Gombak & Makan Percuma? 😱😱😱