Sebagai usaha untuk membendung dan mengawal gejala sosial dikalangan remaja, kerajaan negeri Kelantan mengharamkan shisha dan tempat-tempat karaoke.

Memetik laporan The Malay Mail, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri, Dr Izani Husin berkata, ia akan memberi kesan kepada peningkatan gejala sosial dalam kalangan belia sekiranya aktiviti itu tidak dikawal.

BACA: “Nikah Bawah Umur Adalah Keperluan Di Kelantan”

“Mereka lepak beramai-ramai untuk berhibur dan menghisap shisha sehingga jam 2 pagi di kedai berkenaan.

“Bila pulang lewat tentunya mereka akan terdedah dengan gejala yang tidak sihat,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut memberitahu sebanyak 18 peniaga di Kota Bharu akan dikenakan tindakan kerana menyediakan shisha di premis mereka. Katanya lagi, pihaknya juga tahu banyak peniaga yang menjual shisha secara senyap-senyap.

Untuk pengetahuan anda, karaoke telah diharamkan Kelantan sejak negeri itu ditadbir oleh PAS pada tahun 1990.

Namun pada tahun 2005, kerajaan negeri membenarkan semula tempat karaoke beroperasi tetapi dengan syarat yang ketat, dimana lesen operasi karaoke diberikan kepada premis yang menyediakan khidmat kepada keluarga serta tiada bilik khas dibenarkan di premis.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Restoran Western Yang Tak Kedekut Bahan 😉