Umum mengetahui, caj untuk beg plastik dikenakan sebanyak 20 sen. Meskipun dikenakan caj untuk penggunaan beg plastik, namun masih kurang kesedaran dikalangan pengguna yang dilihat tiada masalah mengeluarkan wang untuk membeli beg plastik.

Susulan itu, Pulau Pinang menaikkan caj beg plastik daripada 20 sen akan dinaikkan kepada RM1 sehelai pada tahun 2023.

BACA: Doktor Dedah Bahaya Guna Plastik Sampah Hitam Bungkus Daging Korban

Memetik laporan The Star, Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekita Pulau Pinang, Phee Boon Poh berkata Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim telah pun meluluskan cadangan tersebut.

Ujarnya lagi, pihaknya akan menyusulkan rancangan berkenaan selepas tiada penggunaan beg plastik bermula pada tahun 2021.

“Walaupun sudah mendapat kelulusan dari kementerian, kami tidak akan melaksanakannya dengan segera tetapi akan memberikan lebih banyak masa untuk memberikan kesedaran selain menjalankan program berbentuk pendidikan.

“Kami berharap dapat meningkatkan kesedaran di kalangan rakyat dan juga memberikan pengilang dan peniaga tempoh untuk menyesuaikan diri dengan perubahan tersebut.

Selain Pulau Pinang, negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur antara negeri yang mengenakan caj 20 sen untuk setiap penggunaan beg plastik.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Lubuk Nasi Ngidey Resepi 4 Generasi 🔥🔥