Berkuatkuasa 1 Jun ini, rakyat Malaysia yang akan ke luar negara bakal dikenakan levi pelepasan selepas Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-Undang Levi Pelepasan 2019 semalam.

Difahamkan levi sebanyak RM20 jika ke negara Asean dan RM40 ke negara lain. Menurut kerajaan, perlaksaan levi pelepasan itu adalah dalam usaha menggalak pembangunan pelancongan domestik.

BACA: Jangan Terlepas Flight, Tiada Lagi Pengumuman di KLIA & KLIA2

Setakat ini, levi pelepasan hanya dikenakan kepada penumpang penerbangan dan akan diperluaskan kepada pengangkutan lain.

Dalam pada itu, untuk jemaah haji dan umrah kali pertama akan dikecualikan daripada membayar levi pelepasan udara ke luar negara. Jemaah haji tahun ini juga akan dikecualikan membayar levi pelepasan udara itu.

Pengecualian levi itu juga turut terpakai bagi penganut agama lain yang kali pertama mengerjakan ibadat mengikut agama masing-masing.

Terbaru, memetik laporan MalaysiaKini, hari ini dalam persidangan Dewan Rakyat diberitahu, mana-mana individu yang berniat untuk mengelak atau membantu orang lain untuk mengelak levi pelepasan yang dikenakan ke atas setiap penumpang udara ke luar negara bakal dikenakan denda RM1 juta.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Restoran Tom Yam Paling Legend Di Ampang😱🔥