Sekarang ini ramai memilih untuk membeli-belah menerusi dalam talian. Ianya lebih mudah dan harga yang ditawarkan juga sangat berpatutan serta lebih murah berbanding di kedai.

Tapi pasti ramai daripada anda yang mengalami satu masalah jika membeli barang online iaitu barang yang dibeli tidak pernah dapat awal atau pada masa waktu yang ditetapkan.

BACA: “Tahniah Pos Malaysia, Anda Wira Untuk Hari Raya”

Baru-baru ini seorang pengguna Twitter kongsikan mengapa perkhidmatan Pos Malaysia selalu lambat, berikutan ramai yang marah dan tidak puas hati dengan servis mereka. Sebelum nak serang membuta tuli lebih baik baca dulu perkongsian dari lelaki ini terlebih dulu.

Nak tahu tak apa sebabnya? Ini masalah paling besar

Memang tidak dinafikan, lambakan peniaga online membuatkan perkhidmatan menjadi lambat. Sebelum nak maki hamun, orang ramai perlu tahu masalah terbesar di alami oleh Post Malaysia ialah barang terlalu banyak tapi kakitangan tak cukup.

Ada pekerja okay, ada yang kurang cekap, gaji sikit?

Perkongsian ini adalah dari pekerja Pos Malaysia sendiri. Menurut lelaki tersebut, ada sesetengah pekerja bagus dan ada juga pekerja yang kurang cekap. Selain itu, faktor gaji juga main peranan dan perlu kerja lebih masa disebabkan barang yang terlalu banyak. Ramai pekerja berhenti disebabkan gaji ditawarkan tidak berbaloi.

Boleh tampung 500 barang sehari, tapi barang diterima 2000 sehari

Ramai yang tidak tahu setiap posmen perlu menghantar 100 barang setiap hari. Tetapi orang ramai perlu tahu risiko yang sangat-sangat besar menghantar barang pelanggan dengan menaiki motor. Ini bermakna mereka perlu pergi ke 100 tempat dalam satu hari untuk mencari sesuap nasi.

Belum lagi timbul masalah barang pecah, barang rosak disebabkan kesilapan pelanggan sendiri tetapi Pos Malaysia pula yang disalahkan.

Nak ambil pekerja lagi bukan senang, nak kena hantar training

Menurutnya lagi, bukan mudah untuk mengambil pekerja baru kerana banyak proses yang perlu mereka pelajari dan mengambil masa lama. Namun bagi lelaki itu, dia mahukan perubahan yang baik buat Pos Malaysia dan berterima kasih buat pelanggan yang menggunakan perkidmatan Pos Malaysa.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Bila Tak Sabar Nak Makan Benda Panas