Jika ditanya kepada bekas pelajar UiTM Shah Alam, pasti mereka tahu mengenai Nasi Lemak Jati yang memang legend. Jangan cakap pelajar, penduduk di kawasan tersebut juga memang peminat tegar nasi lemak tersebut.

Apa yang pasti nasi lemak yang beroperasi di food truck itu sememangnya mempunyai kesedapannya tersendiri. Malah, ramai yang sanggup beratur panjang sebelum ianya dibuka lagi.

BACA: ASICS Perkenal Rekaan Kasut Nasi Lemak Edisi Terhad

Baru-baru ini tular apabila netizen meluahkan rasa rindu terhadap Nasi Lemak Jati termasuk bekas pelajar UiTM. Malah, ramai yang tertanya-tanya kemana hilangnya peniaga tersebut.

Ada yang mengatakan Nasi Lemak Jati itu hilang apabila Koleh Jati yang yang pernah diduduki oleh pelajar Uitm itu dirobohkan beberapa tahun lalu.

Ramai yang mengimbau kembali keenakan nasi lemak tersebut yang tidak cukup jika makan sebungkus sahaja.

Dalam pada itu, ada yang mengatakan pakcik tersebut kini berniaga air  di pasar tani Seksyen 17 pada hari Sabtu & pasar tani di Stadium Shah Alam pada hari Ahad.

Tidak kurang juga ramai netizen mengharapkan pakcik ini membuat ‘comeback’ dengan menjual Nasi Lemak popular tersebut.

Memang sedap betul Nasi Lemak Jati ni, tak dapat dekat tempat lain. Rindu pula masa zaman muda-muda.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Restoran Tom Yam Paling Legend Di Ampang😱🔥