Memang sedap kalau makan papadom bersama nasi kandar atau nasi daun pisang. Tetapi, jika anda penggemar kerepek rangup papadom, anda dinasihatkan untuk mengurangkan pengambilannya.

Menurut Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), papadom mengandungi sodium atau garam yang tinggi, sekaligus merbahaya untuk kesihatan.

BACA: Nasi Lemak Hijau Gombak Jadi Buruan Ramai

Memetik laporan Sinar Harian, dalam ujian makmal yang dijalankan ke atas 11 sampel papadom, kesemuanya mengandungi lebih 1,000mg/100 gram garam. Lebih mengejutkan, empat daripada sampel tersebut mengandungi lebih 2,000mg/100 gram garam.

Papadom menyebabkan serangan jantung & strok

Persatuan itu juga turut memberikan amaran pengambilan papadom berlebihan akan menyebabkan tekanan darah tinggi, meningkatkan risiko strok dan serangan jantung. Selain itu boleh mebyebabkan sembelit dan perut berangin.

Sekeping papadom mengandungi 260 mg garam. Bayangkan jika satu hidangan anda mengambil lima keping papadom, maknanya kandungan garam yang diambil adalah 1,300mg.

Dalam pada itu, CAP menggesa Kementerian Kesihatan untuk menetapkan kadar garam dalam papadom agar pengambilan perasa itu dapat dikawal.

Diharap perkongsian ini dapat memberi manfaat. Pasti ramai yang tidak menyangka bahawa kerepek papadom boleh memudaratkan kesihatan. Bukan tak boleh makan langsung, tetapi biarlah berpada-pada.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Makan Kambing Golek & Beratus Hidangan Berbuka?