Bila bermulanya musim cuti sekolah, memang banyak majlis perkahwinan setiap hujung minggu. Berkahwin hanya sekali seumur hidup, jadi tidak hairan jika ada yang sanggup berhabisan untuk mengadakan majlis gilang-gemilang.

Namun, apa yang menjadi masalah besar buat tuan rumah ialah apabila makanan yang dijamu tidak mencukupi. Mungkin kerana tuan rumah tersalah bajet apabila tetamu yang hadir lebih daripada jangkauan. Tidak kurang juga ianya disebabkan oleh sikap membazir dikalangan tetamu.

BACA: 7 Jenis Nasi Popular Di Majlis Kenduri Kahwin

Seorang pengguna Facebook kongsikan pengalamannya menghadiri majlis perkahwinan rakannya dan melihat pembaziran makanan oleh tetamu yang hadir. Menurut Muharrik, dia tiba ke majlis pada jam 9 malam. Setibanya di majlis tersebut, rakannya meminta maaf kerana lauk habis dan ramai tetamu tidak dapat makan.

Namun, dia kecewa apabila melihat banyak nasi dan lauk yang diambil tetamu tidak berusik dan tidak dihabiskan. Ujarnya lagi, sikap membazir orang Melayu kita itu sekaligys menyusahkan tuan rumah dan tetamu lain.

Ini mesti kes tetamu tamak & tak berakhlak

Lelaki itu turut berpesaan kepada tetamu lain jika datang ke majlis kahwin jangan terlalu tamak melihat makanan yang banyak tetapi akhirnya ianya tidak dapat dihabiskan. Belum lagi jika majlis di adakan di hotel, rata-rata tetamu yang datang seperti kelaparan seminggu tidak makan.

Ambil makanan macam kebulur seminggu tak makan

Perkongsian itu mendapat perhatian netizen yang menyokong pendapat Muharrik kerana ia seperti senario biasa yang dapat dilihat di setiap kenduri.  Ramai yang meluahkan rasa tidak puas hati dengan sikap orang Melayu yang tamak, tetapi apabila tak tak cukup, tuan rumah yang kena mengata.

Tidak kurang juga ramai yang bersetuju apabila tuan rumah meletakkan ‘penjaga’ di tempat lauk supaya tetamu tidak mengambil lauk secara berlebihan. Namun, tidak ramai yang akan melakukannya kerana bimbang ada suara-suara sumbang yang akan mengata tuan rumah jenis yang kedekut.

Apa yang dikongsikan oleh lelaki ini sememangnya banyak berlaku di sekeliling kita. Apa pun diharap perkongsian ini mampu membuka mata orang ramai agar tidak lagi melakukan pembaziran.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Pening Kepala Pekena Butter Beer?